Every successful person has a painful story. Every painful story has a successful ending. Accept the pain and get ready for success.
Saturday, 16 November 2013
assalamualaikum. dah lama rasanya aku tak update blog. rindu sangat :') now, aku tengah busy siapkan folio akaun. buntu wehh kalau ada yang tak kena tuh aku pejam mata je lah. aku pun dah malas nak check balik. kalau check karang lagi bertambah beban aku. tknak oke! tolong aku nak bebas dari segala keturunan folio nie suma untuk tahun nie.
Wednesday, 16 October 2013
' deadlocked '
ya Allah pat dh nak mula esok tp folio akaun msih dlam keadaan tak siap lagi ni. kenapa suma ni terjadi. aku ingatkan aku bole siapkan folio ni dengan cepat rupanya ada lagi kesalahan yang terselit dlam folio aku tuh. aku mang kcewa gila dn sngat2 buntu nak prbetul balik sgala ksilapan tuh. syok je tngok orng lain suma dh hmpir siap tp aku ada ja yg tak kena. sumanya ujian ntuk aku la tuh kan. tkpe lah try buad slow2 insyaAllah nnt siap lah folio tuh.
Monday, 7 October 2013
' mimpi terindah '
assalamualaikum. sekarang ni musim hujan tak henti2 mencurah jatuh ke bumi. dingin sehingga memeluk tubuh. tubuh menggigil disapa angin bayu. entah bila sang pelangi akan muncul menjadi pengganti kepada sang hujan yang kini rancak menerpa bumi. TO BE CONTINUED
Wednesday, 25 September 2013
serious aku benci !
serious aku benci dengan orang yg ramah tahap merimaskan especially lelaki! yg aku tk brkenan. ==' ramah sngat sehingga mengundang ketidakselesaan haa. dia tktahu ka sama ada org tuh rimas ke tak?! sohai betul lahh. bermulalah satu kisah, dimana ada seorang lelaki ni yang membuadkan aku rimas dengan dia. kalau nak ramah tuh pun biarlah berpada2 jangan sampai orang muak dan meluat. oke, lelaki ni, aku kenal dekat facebook. kebetulan dia ni tinggal tak jauh dari tempat aku. then, dia ajak aku pegi bazar sesama masa tuh bulan puasa. tapi aku tak pegi pun sebab aku tak suka kuar dengan org yg aku tak kenal. so, kmudian selang bberapa hari tuh, aku pegi bazar dengan sarah. kebetulan aku terselisih dengan laki ni dekat bazar but aku senyum je dekat dia tanpa sepatah kata sebab aku malas nak tegur. tak pasai lah aku nak tegur! tapi dia ikut aku and dia tanya betul ke aku yg dalam fb tuh. aku pun iakan je lah. then, dia ikut aku masa kat bazar tuh. serious aku tak ajak pun nak jalan sekali. dia ni mang ramah sangat. sepanjang kami jalan tuh dia soal macam2 but masa tuh aku stay cool lagi lah sebab baru pertama kali jumpa. and sehinggakan aku nak balik pun dia ikut aku sampai ke moto. hari berikutnya, aku pegi lagi bazar dengan siapa tah, lupa dah. sokey. lepas tuh, aku terjumpa dia lagi kat bazar, dah nampak aku tuh, terus scara automatik dia ikut aku, aku dengan tak ajak mua cukup. ==' (tkmalu) spanjang duk jalan tuh dia tanya aku macam2. serious, time tuh lah bermulanya rasa rimas tuh. dia tanya rumah aku katne lah, nama family lah. macam2. suma pasal aku. aku ni jenis baik cikit aku pun layan je lah sambil buad muka tak suka. tak layan japgi kata apa pulak. dari hulu sampai lah ke hilir tak habis2 menyoal. rimas3! sehinggakan dia dtang tmpat aku nak tau rumah aku katne, yg tuh paling aku benci. sibuk ja nak tau rumah aku paseipa. aku kenai hg pun tidak. sibuk ja nak tau habis pasal aku. hensem tak kalut. tengok muka dia ja aku rasa menyampah teramat. sampaikan sepupu aku pun rimas dengan dia. bukan aku sorang ja. dah kalau org yg bukan dalam situasi aku tuh pun rimas dgn laki ni, nih pulak aku yg dlam situasi tuh lagi lah rimas. kalau jumpa ja kat bazar mesti nak ja dia ikut aku. grr. serious aku rimas, dah tuh asyik bercakap non stop! aku tak bosan pun lah kalau hg diam. tk brmakna hang cakap banyak tuh aku rasa seronok. aku rasa tak bosan bila berjalan dgn hg. baik hang diam! time ada aku ja nak ikut, na ikut, nak ikut..then, padan muka hg sebab kena marah dengan aku sebab perbuatan hg yg annoying tuh. lain kali tkyah nak sibuk2, tkyah duk buat ramah tahap gelojoh sangat. lepas tuh duk update pasal aku lah dekat fb. duk bermadah cinta pasai aku lah. nasib baik hg tak mention nama aku. tidak mang kena dengan aku cukup2. baru 2,3 kali terjumpa dkat bazar dah suka kat aku. what the? o,O perasan yg aku merajuk dgn hg lah, tkdak mood dngan hg lah. suma tuh tkdak kena mngena dengan hg lah..
Tuesday, 17 September 2013
idiot !
aku tktau apa masalah mamat ni. dia ni betul2 tak suka aku ke? reason? serious aku tak faham. aku ada buat salah ke dengan hang? rasanya aku tak pernah buat perangai celaka depan hang. act, hang tuh yang celaka kay -_- . be matured please. aku tau hang tuh childish. budak2.! aku kalau bole tknak ada masalah dengan sesiapa pun tambah2 classmate aku sendiri yang hari2 kena bersemuka. bila hang dah bikin masalah, aku rasa benci dan semak tengok muka hang dalam class. perangai cela hang tuh. tetiba ganggu orang tanpa sebab. then, cetus rasa benci sesama sendiri. macam tuh ka yang hang nak? aku nak berbaik dengan semua orang. tapi kalau setakat hang yang pendek, jongang dan terhegeh2 ni kalau tak berbaik pun takpe dah. tak cakap sesama sendiri pun sikit tak heran. tak kawan dengan hang pun, bole hidup dengan aman lagi. tapi kan hang kena sedar jugak, jangan fikir diri tuh sentiasa bagus. hang dengan tiba2 datang buka aib orang. lepas tuh buat muka perfect, berlagak pulak tuh. nak minta maaf pun susah betul kan. padahal hang yang cetuskan pergaduhan ni. hang yang tetiba kutuk2 aku face to face pulak! tanpa terbit rasa bersalah yang teramat dalam hati hang tuh? sepatutnya datang lah minta maaf. serious aku cakap, hang dah malukan aku dengan percakapan hang yang tak berhemah tuh. dan sikit pun tak hiraukan perasaan aku masa tuh. aku betul2 terluka dengan setiap kata2 yang hang lemparkan kat aku. aku harap hang cepat2 sedar atas kelakuan hang dan didik diri hang tuh menjadi lebih matang. aku harap sangat hang dapat merasakan apa yang aku rasa. dimalukan oleh seseorang. even hang seorang lelaki. yang hati sekeras batu sekalipun. sekiranya balasan yang dilemparkan ke atas diri hang tuh seperti mana hang buka aib someone tuh. rasakan lah oke.
Monday, 16 September 2013
kenapa ?
i wonder oke. kenapa orang yang suka dia sumanya berkait dengan orang yang dia rapat. kenapa jadi macam tu? dan kenapa orang yang aku suka pun berkait dengan dia. kenapa dan kenapa. bencinya! aku tak tahu apa keistemewaan yang ada pada dia. orang2 yang suka dia mungkin rabun kot hihi. aku tengok dia tah takde ape pun. mungkin dia sendiri yang suka melayan. cakap je tak layan tapi sebenarnya dia layan mana2 lelaki yang nak kenal dengan dia. dan dia mana kisah kalau lelaki tuh milik orang ke ape ke. dia tetap layan. aku baca blog dia, konon ramai sangat jantan yang suka kat dia. tak habis2 citer pasal jantan dalam blog dia. kejap dia citer orang ni nak kat dia laa. macam2! naik meluat aku dengan dia ni. dah tuh dia ni suka sangat bajet. kononnya dia ni baik sangat. what the hell. kenapa awak suka sangat bajet yang awak ni baik? mesti awak pun tak nafikan yang awak tuh cantik kan? dan awak gunakan rupa paras untuk pikat orang. dulu awak diam je dekat fb but now kenapa awak tetiba muncul? kenapa tak menyendiri macam dulu supaya aku tak nampak kelibat hang langsung dekat mana2 laman sosial ni. asal tengok je muka awak tuh mang rasa menyakitkan hati lah. mesti awak ni jenis perempuan yang berbisa ! awak tuh asalnya bukan dari orang yang serba mewah tapi kenapa awak suka berlagak macam orang kaya erk tambah2 adik awak tuh. suka sangat show off. cakap besar pulak tuh kan. tolong lah ye jangan nak jadi minah perasan kat sini. awak kata ramai lelaki kat luar sana yang suka awak even diorang dah berpunya? dah tuh patut ke awak layan diorang? awak cakap seolah2 awak tak kisah sekiranya awak lukakan hati seseorang perempuan? awak tak rasa bersalah dan jaga hati kaum sejenis dengan awak ke. sampaikan adik angkat awak punya bf minat kat awak pun, awak buad tak kisah je. dan awak minta maaf secara spontan dan lagak sinis awak dalam blog je.? saya tahu awak tuh hati batu kononnye. saya harap awak tak ganggu hubungan sesiapa pun. sebab bukan hubungan adik angkat awak je yang awak ganggu. saya pun dah terbiasa dengan perangai awak yang annoying tuh kay. so lepas ni tolong jaga kelakuan tuh. jangan sampai orang benci. kalau sedar ramai yang tak suka. so berubah lah ye. aku rasa hang tak layak pun dengan s.i tuh so jangan berangan please!
Saturday, 14 September 2013
heart you :')
aku tk pasti knapa sjak kebelakangan ni, aku asyik tringatkan zaki je. :/ why hah?! nak kata rindu, tkde plak trbit rasa rindu tuh. tak kan lah aku dh fall in love kt dia kot. tk mngkin lah. dia tuh dh la muda stahun dr aku haa. tp rasanya aku suka dia jgak lah wlaupun suka aku pada dia hanya sparuh dr hati aku ni. cehh! >.<' aku mang brkenan sngat tngok dia. dah la muka suci, kemas, smart, pndai plak tuh kan. mang ada lah ciri2 lelaki yg aku suka. but, jarak tuh bkan pnghalang ye tak. huihh umur baru stahun jgung, dh pndai nak brcinta ye aku ni haha. tkpe aku dh brpengalaman kok. :D wlaupun kita nmpak seseorang tuh dr segi luaran ianya sntiasa brsifat positif, harus bgaimana plak dgan sifat dlamannya iye tak. adakah sama atau ianya berbeza. wahh! ayat mau mengancam. aumm. tp zaki ni pmalu orgnya. alalala malu gitu. haha *gedik tah pa2. dulu dia yg nak sngat kenal dgn aku. siap guna org tngah lagi nak dpat info psal aku. haha so sweet. tp aku tk brapa layan dia. why?! becoz time tuh aku tngah kapel so, pluang nak kenal lbih dkat dgn dia, tkde lah. alahai. klau aku tk kapel, msti smpai ke hari ni aku still cntact zaki kan. tp tkpe lah, smuanya kerna bf. aku ni jual mhal skit dgn zaki ni but dlam hti aku ni ciss beria2 kemain nak tngok zaki selalu. smpai ke hari ni ada ja aku ambil pluang nak lalu dpan class dia haha. tp dia tk pndang aku mcm dulu. dia cuma focus pda ckgu yg mngajar je. haha tkpe lah for ur future. skrang aku plak yg nmpak beria2 nak kawan dgn dia balik. tp tktau lah smada dia trima aku ke tak. mntak je dia accept aku sbagai kwan dia. aku tk mngharap lebih. skrang aku plak lah yg kena start perkenalan dulu, stelah hmpir stahun msing2 mndiamkan diri. lngsung tk mnyapa even kat skolah slalu jgak nmpak kan. nmber fone dia pn tkda. dulu ada lah tp mana save haha. tp aku harap aku tk sukakan zaki spenuh hati oke. lgipun dia duk focus nak exam tuh. eh, mcm mna klau dia pndah skolah thun dpan? :/ bru je nak mulakan balik hubungan prshabatan yg dh lama tk diendahkan ni. tp nak buat mcm mana klau dh tkdir kita sbgai khalifah di bumi ini hewhew. :3 apa2 aku hrap zaki always happy and sihat kat mna ja dia stay. but, zaki ni nmpak mcm bdak pndai yg klihatan sperti seorang bdak nerd kat skolah. pkai suar pun sngkat haha. tp kmas kot. tkpe lah dia tk kisah suma tuh. asal dia slalu fikirkan plajaran dia je skrang. oke lah nite zaki :* hihi assalamualakum
Wednesday, 11 September 2013
about today
oke today aku tak pegi sekolah becoz aku rasa spoil gila sebab tudung dengan school shoes basah disebabkan sekarang musim hujan. tapi my mom pakse jugak aku pegi sekolah. aku pun dengan rasa malasnya pegi jugak cari tudung lain nak iron cuma yang ada tudung sekolah baru yang belum dipakai je. err dah la hari ni ade kokorikulum, kena pakai baju tshirt dengan suar. dah la kena pakai tudung baru tuh. tak selesa betul lah, dengan kembang bagai. dah macam payung aku tengok. dengan pakai suar. nampak betul macam alien bila pakai dengan tudung tuh. kalau pakai tudung tuh dengan baju kurung sekolah tkpe lagi. kasut pulak dah. nak pakai sandal, segan lah tak suka dan tak selesa. elok lah dah berpakaian macam payung dah tuh nak pakai sandal pulak? maigod enough lah. nampak buruk sangat. ==' so, aku rasa spoil gila dengan masa tuh dah pukul 7:20pg. nak amek masa sampai sekolah pun 10 minit. dengan pakai sandal lagi. tak pegi terus sekolah. bila dah tak pegi sekolah ni, apa lagi kena lah leteran dari mak aku. tension. serabut perut aku dengar mak aku bebel. habit orang tua la tuh kan. aku harap sangat aku transform diri aku ni haa. tetiap hari lambat je pegi sekolah. nak jugak lah pegi sekolah awal. :'( rasa nak nangis sebab merasakan diri ni teruk sangat. macam mana lah nak ubah perangai malas aku ni. adehh. benci benci !! sekarang dah nak pukul 1. keja sekolah belum buat. dah tuh tidur kul bapa tktau. esok bangun pulak pukul brapa? adoiy. dah lah nak buat homework then tido. nite assalamualaikum.
Monday, 9 September 2013
# amz #
amz ni membantu betul lah malam ni dalam melaksanakan tugasan kerja kursus ni haha. dia buat assingment, aku lak buat folio akaun. masing2 busy dengan keja sendiri. aku saja ja kacau dia tanya itu lah ini lah haha kekadang aku pun naik segan dengan dia. agak2 dia marah tak aa sebab sat2 aku tanya dia. tak penah nak fikir sendiri aku ni haha. tenkiu lah sebab bantu, dan sori jugak banyak menganggu. aku saja ja. sebab dah lama tak chat dengan dia. nak tegur tuh kekadang rasa kacau pulak satgi haa. rimas pulak dengan aku ni. dia lepaskan tekanan dia kat aku tadi. tetiba hantar gilaa dekat aku. tension sangat aa tuh buat assingment. sejak kebelakangan ni dia mang busy betul lah. aku tktau kenapa orang yang rapat dengan aku dalam fb sejak kebelakangan ni depa busy kemain macam abang hilmi jugak lah. semuanya busy dengan depa punya assingment. aku minta amz ni teman aku, kalau nak out tuh bagitau tapi dia dah out pulak sekarang dah tak muncul2. tak bagitau aku pun nak out. haha tkpe lah. kisah lak aku. aku harap dia dengan abang hilmi dapat selesaikan depa punya assingment tuh. dan aku harap depa punya tension and setara dengannya tuh pun hilang. aku pun harap aku punya folio ni siap setakat mana yang cikgu nak. dan aku harap satu perkara lagi esok aku tak kena denda ! dan aku harap aku sempat habiskan folio aku tuh. banyak sangat harapan aku ni haa. oke mornight ;) salam sayang di bulan september huhu nite adzhar, nite abang hilmi :)
pressure !
tension betul lah dengan keja kursus prinsip perakaunan ni. aku dah la tktau nak buat macam mana ni haa. kalau ada kawan kan senang. esok cikgu dah nak tengok keja ni tapi siap pun belum ni ha. nak buat pulak tktau cena. search google pun ada yang membantu ada yang tak. =/ esok ni dia nak tengok sampai komponen pembayaran. tapi komponen kos jualan pun belum buat. kalau bole aku nak siapkan jugak malam ni. tapi dah tktau nak wat cena lagi. nampaknye kena tanya dayah je lah esok kat sekolah. dengan kad stok bagai. agak2 aku sempat tak siapkan semua tuh esok ek. time cuti tak nak buat. malas kemain. dah tiba masanya cikgu nak check baru lah kalut nak buat. aku dah rasa tak leh nak go on dah ni. so, esok je lah aku tanya dayah. harap lah aku tak kena denda esok. hmm. bagi lah aku sempat buat esok. tknak kena denda. ya Allah permudahkan lah segala urusanku. amin~
Sunday, 8 September 2013
running man :)
huhu actually aku takde benda nak citer. terlintas pulak title running man kat kepala hotak ni ha. aku ni mang minat lah dengan citer variasi korea misalnya macam running man and star king. depa punya rancangan variasi tuh kelakar kot. sebab tuh aku suka tengok. kalau ada masalah, sakit hati ke and sebagainya, running man jugak lah penawar kemarahan aku. rasa best je layan citer ni. boleh hilangkan stress bagai. hari ni saja aku layan running man dari pagi sampai nak dekat maghrib. kalau dah tengok pun episod tuh tapi tetap je tengok sebab tak penah bosan. so, sapa2 yang serabut perut, kepala otak ke. cubalah layan citer tuh. abang aku yang tak penah2 tengok pun, sekarang dia dah selalu jugak tengok. penah dia tegur masa aku tengok runningman dia kata gambar tuh merapu. tapi sekarang dia pun layan haha.
benda kecil diperbesarkan =='
oke annoying betul lah prangai as ni. pasal aku tak bawa stationary sendiri pun nak heboh satu kelas ke. itu namanya hang dah malukan orang tahu. bole pulak dia sebarkan pasal benda ni dekat budak2 laki kelas aku. dah tuh prangai budak laki tuh macam hantu rupa dia. jahat2 belaka err geram. dah lah mulut depa tuh suma takleh pakai. apa salahnya kalau aku pinjam pencil hang kejap je. tak kan benda tu pun hang rasa beban. mahal sangat ke pencil hang yang tak seberapa tuh as? aku bukannya pinjam pencil hang berhari2 pun. aku nak pinjam barang hang pun rasa malas sebab prangai hang tuh.aku baru pinjam dua kali pun dah kecoh lah. tengok dayah, aku pinjam barang dia since kami form1 lagi. dia tak penah pun marah2 aku bagai. takde sampai nak heboh2 kan. siap aku curi lagi barang2 dia sampai pecilbox dia kering. aku mang geram betul lah dengan prangai hang. kalau hang pinjam barang aku, aku tak kan marah2 hang. aku tak penah rasa beban kalau membe minta tolong. tapi bila hang dah buat macam tuh, bila aku nak kasi pinjam barang aku tuh rasa berat sikit. rasa macam tak ikhlas je nak bagi pinjam. bukan apa, sebab aku terkenangkan, aku tak kan lupa apa yang hang dah buat. jangan suka sangat malukan orang. sebab semua orang tak sempurna tak terkecuali hang. kalau hang jaga attitude hang. aku hargai dan aku respect. aku sayang suma kawan2 aku.. :')
Thursday, 5 September 2013
hensem betul :D
friday bila entah, aku with dayah pegi bsn untuk kuarkan duit biasiswa. lepas tu ada lah sorang abang polis ni mang macho gila. melting aku tengok. sikit2 ushar je abang polis tuh. time dalam bsn tuh, aku with dayah diri je dekat dengan pintu nak masuk bsn tuh. aku ajak dayah duduk tak nak duduk haih so diri jugak lah kat situ. aku pun bagitau lah kat dayah yang abang polis tuh hensem but dayah kata tak hensem. takpe lah dayah tuh mang suka sakat keja dia. then, abang polis tuh datang dekat pintu bsn tuh terus dia bawa kuar dia punya fone and halakan dia punya fone ke arah kami macam nak snap gambar je but mang ia pun. mang abang polis tuh nak snap gambar pun. haha aku pun saja lah main2 kata kat dayah yang abang polis tuh nak snap gambar kami. lepas tu dayah kata piirahhh dia nak tangkap gambar nak tengok ramai ke tak orang dalam bank ni. haha tapi aku main2 je lah cakap tuh. kalau betul mang niat dia nak tangkap gambar aku. alangkah indahnya haha. eh, tapi of coz lah gambar aku ada dalam fone dia kan sebab dia kan snap pic menghala ke arah kami haha. even bukan niat dia nak tangkap gambar aku, at least ada jugak gambar aku dalam fone dia haha. siapa lah aku nak masuk dalam fone dia haha padahal baru hari tuh je tengok. annoying ja aku ni haih. berangan tinggi melangit sangat. tapi andai kata aku dapat lelaki yang macam tuh suatu hari nanti kan bagus huhu. bila dah tengok sekali tuh aku rasa macam nak pegi lagi ja bsn tuh. nak ushar lagi abang polis tuh. lahai ==' nanak jugak!
bag biru !
bag biru ni gelaran aku bagi untuk someone! female oke dia. oke pada mulanya aku mang minat gila dengan pompuan ni but sekarang dia dah bagi aku hate dia. tahu sebab apa, sebab dia ni suka ja rampas kebahagiaan aku secara tak sengaja. atau memang ditakdirkan. apa2 hal aku sakit hati jugak dengan minah ni. so annoying oke dia punya attitude. mentang2 dia lawa kan, mungkin bole dijadikan kelebihan untuk dia rapat dengan lelaki. selalunya pompuan cantik mang gitu lah kan. tapi aku rasa dia ni takde lawa mana pun just putih je. dia ni mang suka sangat rapat dengan ex aku or boyfie aku. suka je dia ni berkait dengan orang yang aku sayang. kenapa asyik2 dia. geramnye! dah tuh dia dah tahu aku ada feel dekat someone tuh leh pulak dia ngada2 dengan orang yang aku suka. katanya dia saja nak sakat. aku penah suruh ex aku block dia dekat fb, time tu aku still kapel lagi. but after kami clash ex aku terus add balik si minah bajet ni. penah jugak lah aku marah sebab dia add balik si minah ni. tapi ex aku kata dia add sebab nak tanya sumting je just short conversation. but now? kemain lagi tukar2 nomber fone bagai. berwechat lah kan ampa. aku ni hang langsung tak nak contact pun. padahal kita tak penah gaduh dan clash pun dengan cara baik. tapi sekarang sokey lah kan, aku pun dah tak kisah pasal relay kita. cuma apa yang aku benci sangat sekarang ialah pompuan tuh lah. aku harap dia lenyap dari hidup aku. pompuan ni mang sangat2 menyakitkan hati. aku nasihatkan supaya lepas ni tak payah lah nak rampas kebahagiaan orang sangat oke. now, hang simpan hati pulak dekat tunang orang kan. rasalah apa yang patut hang rasa. dan buatlah apa yang hang patut buat. =='
tak patut !
masa kat sekolah tadi kami enam2 orang rancak gosip pasal someone dekat luar kelas, padahal masa tuh ada cikgu dalam kelas kami tapi kami kuar suka hati je bergosip kat luar kelas. oke actually apa yang depa gosipkan tuh aku tak berapa tahu sangat citer dia yang sebenar. cuma tahu sikit2 macam tuh je lah. so, aku bila dah taktau sangat citer yang depa gosipkan ni aku pun just diri je lah and diam seribu bahasa. pasang telinga je lah jawabnya. kalau depa tegur aku baru lah nak bersuara. lepas tuh ada lah pulak minah ni kuarkan kata2 yang buat aku rasa nak bagi je kaki kat dia even dia cakap tuh main2. bole pulak dia kata tah2 aku ni tukang report, sebab aku sorang je yang diam antara depa semua. dah tuh masa dia cakap tuh dengan muka yang sinis haih =='.. geram betul aku. suka hati aku lah diam seribu bahasa ka apa ka kat situ. yang hang sibuk2 nak mencelah cakap benda tuh kenapa. saja kan. sekarang aku dah tweet dekat twitter yang aku bukan tukang report. mohon hang baca tweet aku tuh dan hang retweet. one more hang ingat dalam kepala hang yang tak berakal tuh sekali oke.
pbs !
assalamualaikum. oke actually aku ada homework yang bertimbun ni ha. nak buad tak tahu lak cane kan. so, kita tunggu esok je lah. untuk pbs akaun ni pulak, aku kena photostat tapi aku tak photostat lagipun. nak kuar photostat tapi hujan. acane kan nak kuar. pbs ni mang membebankan aku. tapi aku takleh cakap macam tuh sebab tuh semua untuk future aku jugak. kalau aku malas nak buat, nanti dapat kesan yang lagi buruk untuk spm aku akan datang. takpe lah kita kayuh pelan-2. pbs ni, orang lain dah sampai mana tah. tapi aku masih terkapai-2 di halaman satu. diorang tah halaman ke berapa dah. macam mana lah aku nak berjaya kalau macam ni kan. kalau asyik tangguhkan kerja. nanti diorang dah siapkan diorang punya pbs aku je belum.actually aku tak tahu macam mana nak buat pbs tuh, pbs tuh keja individu. setiap kali masa pbs ada ja aku tak datang. sebab tuh aku dapat maklumat yang kurang jelas. dan aku jadi tak faham sekarang. agak-2 aku bole catch up tak nanti ya? erm. takut tuh mang lah adakan. takpe lah semuanya bergantung atas usaha kita sendiri. :/ oke sampai sini je lah aku rasa ngantuk sangat dan gila sejuk malam ni. ye lah sekarang kerap hujan. mang best kalau tido time hujan kan hihi bagus la bye assalamualaikum :)
tetap menantimu :')
lagu 'tetap menantimu' ni aku baru je dengar dalam keta masa perjalanan nak ke perak ritu. bila aku dengar lagu ni. aku rasa syok lah pulak. bila dah berkenan di hati ni, mulalah nak mencari siapa penyanyi dia. aku duk tunggu je radio tuh bagitau sapa penyanyi dia. bila dah dapat tahu tuh, kat rumah aku pun cari lah kat utube. aku engatkan ejaan dia noman. so, aku pun taip noman lah tapi salah. takpe utube tolong perbetulkan. bila dah jumpa lagu tuh. apa lagi terus mainkan lah. bila dah dengar best. mulalah asyik dok ulang2 je lagu tuh. sekarang lagu ni dah jadi feveret aku haha. so, bila create blog ni mang niat di hati nak masukkan lagu nih la dalam blog. oke apa2 pun lagu ni best. salam sayang :)
result akaun :)
alhamdulillah. kali ni result akaun aku meningkat. dari failed dah jadi lulus. actually masa up1 lepas result akaun aku just dapat 3o marks je. then untuk peperiksaan pertengahan tahun (ppt) pulak aku dapat 28 marks. sangat2 lah spoil marks tuh. but now untuk up2 ni pulak marks aku dah melonjak tinggi jugak lah. walaupun tak boleh nak score A tuh but result ni agak mengejutkan aku dan kawan2. walaupun orang kata up2 ni takde apa lah sangat tapi prestasi tuh kena lah meningkat. betul tak. tak kan kita nak maintain macam tuh ja. actually aku dapat B untuk up2 ni. aku dapat 66 marks. oke lah kan dari 28, then jadi 66 macam sekarang. so aku terkecuali untuk buat pembetulan. but kalau aku buat pembetulan tuh better lagi lah. aku harap sangat lah kan untuk peperiksaan akhir tahun (pat) akan datang pulak. aku kena tingkatkan kerajinan. aku ni dah spesies malas punya orang. pbs untuk akaun pun aku belum siapkan. selasa dia dah nak tengok. adoiy malas ==' shit
direct bangun lambat
assalamualaikum. sejak kebelakangan ni kan selalu ja aku bangun lambat ke sekolah. aku ni spesies kalau takde yang kejutkan aku bangun tuh, mang tak bangun lah aku jawabnya. dulu bole lah mak aku kejutkan aku setiap minit. tapi sekarang ni takde sapa yang nak kejutkan aku setiap minit dah. sebab sekarang ni mak aku rajin ke masjid tetiap pagi. so, mak aku akan kejutkan aku bila dia nak ke masjid je lah. kalau tak bangun masa dia kejutkan tuh. mang time dia balik masjid pulak lah dia kejutkan aku hehe. tapi bukan setakat kejutkan je siap dia bagi ekstravaganza punya leteran kat aku. katanya aku dah tak nak sekolah bla bla bla. haha. bukan macam tuh lah mak. kakak cuma tak sedar ja. engatkan baru pukul 5:30, nak relax jap lah sampai pukul 6. tup tup bangun-2 dah pukul 7 rupanya. haha. tapi hari ni dan semalam mang aku bangun lambat gila. dah pulak baju sekolah masa tuh jugak lah baru pulun nak iron. iron-2 sampailah pukul 7. eh, semalam mana aku pergi sekolah haha semua sebab bangun lambat aa. apa alasan yang aku bagi kat cikgu semuanya dusta sakit perut belaka haha. cikgu galakkan aku makan cabai banyak-2 air masak dikurangkan haha pada masa yang sama cikgu pk hem bole wat lawak. oke lah kan. tegas sangat pun tak best. oke, aku kalau lambat bangun ni, mang tanda dia sampai sekolah pun lambat laa. itu lah dia punya impak bangun lambat haha. sekarang siapa yang sampai sekolah lambat pun kena rotan oke. sekolah dah bagitu disiplin. sekolah je lah. muridnya belum tentu. hihi aku mang selalu kuar rumah pukul 7.20. nak pegi sekolah tuh mau 1km jaraknya. mau ambil masa 10 minit jugak aa kan nak sampai. tapi apa-2 pun sampai sekarang aku masih lagi terlepas muahaha. itu yang best dan bole dibanggakan haha takde lah oke. tata sampai sini aje :*
Monday, 2 September 2013
saat itu :')
Tahu tak, kadang2 tu rasa rindu. Tapi cuma rindu kenangan. Kalau nak ulang semula perkara sama pun, perasaan tu tak sama. Beza sangat
Cemburu membuktikan yang kita takut akan kehilangannya, tapi ingat ! cemburu yang berlebihan akan membuat kita kehilangannya
Makin lama kita kenal dia, makin sayang kita dekat dia. Tahu kenapa? Sebab makin lama kita kenal dia, makin banyak kenangan tercipta :)
tentang dia yang sekarang
dia tu siapa sebenarnya. dia tu merujuk kepada ex-bf kata kau. hehe aku mang tak suka lah dia sampai sekarang. entah kenapa hati ni keras sangat nak terima dia walaupun sekadar kawan. oke actually aku mang tak leh terima dia sebab dia dah sakitkan hati aku berulang kali. cuba bayangkan. bila hati yang belum habis luka, tapi luka kembali. sampai bila nak pulih. kalau luka tuh dah baik sekalipun. parut tuh permanent oke haha i means kekal. dah setahun lebih kami clash. dan after 1 years dia cantact buat baik dengan aku. tapi bila imbas balik apa yang dia buat kat aku, mang aku takleh lupa la. setiap apa yang kuar dari mulut dia mang aku tak akan lupa punya lah. memang itu satu benda yang terkesan dalam hati aku ni. oke sekarang dia dah sambung belajar kat kelantan. dan sebelum dia nak sambung belajar ke kelantan tuh. dia selalu ajak aku jumpa. tapi aku wat tak tahu ja mcg dia. malas aku nak melayan. setiap ayat-2 yang dia cakap, mang aku tak suka dengar. hari tuh aku punya masalah. lepas tuh aku gayut lah dengan dia. dia suruh aku citer apa masalah dia sebab dia kata dia berdarah A ke B entah mempunyai ciri-2 seorang pendengar setia. aku pun dah masa tuh takde sapa nak citer. aku pun citer kat dia jugak. last-2 bila aku habis citer dia langsung tak respon dengan citer aku tuh. dia terus cakap pasal benda lain sesudah aku habiskan cerita tuh. mang gila betul. cakap kat aku pendengar setia last-2 haprak. godie lah dengan dia punya pendengar setia whatever tuh. annoying ja lebih. lahai -.- mang tak suka betul aku. dah la suka mereka-2 cerita, putar belitkan cerita. fitnah aku bagai. aku tak buat dia kata aku buat. salah aku suma nampak. bila dah putus baru terhegeh-2 nak balik. sembang lah dia ni cakap kalau clash taknak contact apa dah. last-2 dia yang mai cari aku balik. --' tuh pun masih bersikap baik dengan dia. grr
danok :)
semalam aku pegi danok dengan family. mang best sangat pegi sana sebab merasai perjalanan yang jauh. masa dalam keta tuh mang kitorang sangat happy. sambil nyanyi-2 bagai. haha gelak sakan kemain lagi diorang buat lawak dalam keta. aku lawak tak lawak aku gelak je. yang penting kami happy. sebelum tuh aku mang perasan yang ayat aku ni rojak utara campur selatan haha. apa nak dikesah kan. hihi oke bila sampai di danok tuh suasana dia memang lain sikit. dia punya pekan tuh sangat sibuk. dengan treller yang panjang-2 tak henti-2 lalu di kawasan tuh sebab diorang nak hantar barang ke malaysia. actually tuh treller malaysia. diorang g ambil barang kat siam haha sebab tuh la sekarang kat malaysia banyak barangan siam yang macam kawan aku beli haha. :p aku pun kadang2 beli jugak haha. bukan kira apa dah haih. bukannya tak elok. mang elok lah jugak dan murah. kami sampai sana sampai taktau nak beli apa sebab tak banyak sangat barang melainkan makanan je banyak. perghh aku yang kempunan nak cari baju kat situ alih-2 balik tangan kosong je. biasa lah murah kan. boleh aku balas banyak cikit. tapi family aku ni suka makan. sat-2 pg makan. oke masa kami masuk kedai runcit at sana. ada sorang pekerja thailand tu cakap dengan kak aku pada mulanya. kak aku pun sengih je lah. mana dia faham bahasa pompuan tuh haha. lepas tuh pompuan siam tuh cakap dengan aku pulak. aku lari je lah kat mak aku, malas nak melayan pompuan skirt pendek tu. lepastuh kami pegi makan dekat kedai tomyam. alahai sama je lah dekat malaysia tomyam dia. sebab kat malaysia ni pun tomyam orang pattani juga yang masakkan. lepastuh dah beli-2 buah semua. kami terus balik dari thailand. memang dekat sempadan thailand tuh ramai sangat kastam. polis dan lain-2. haha oke sampai sini je. aku tak tahu kenapa. sebelum buat blog, kemain beria-2 lagi nak tulih itu tulih ini. bila dah ada idea tah lari kemana. jari duk buat tak dak semangat lak dia. oke lah bye :)
problem settle
assalamualaikum. oke prob yang datang tadi sekarang dah godie. haha but ada satu lagi prob yang mendatang. takpe prob baru ni kita settlekan kemudian sebab benda kecil. sekarang aku dah make-up serba sikit blog aku ni. so nampak cantik lah sikit dan baru lah tercetusnya keseronokan nak meng-update blog ni. lain masa aku make-up lagi blog aku yang serba kekurangan ni. eh, sepatutnya aku kena lipat baju tapi bole hadap lagi benda ni. baju tuh karang terbentuk juga jadi gunung kinabalu. kang banyak-2 nanti tak terlipat aku. lahai malas gila kot haha. banyak tuh takde sapa nak tolong. kalau aku rasa nak lipat, aku lipat lah ye haha. satu lagi prob mendatang.
blog memenatkan :(
blog agak susah nak dihasilkan. blog aku ni dihasilkan dengan carca marba saja. lagipun aku bukan lah berpengalaman dalam menghasilkan blog. ini pertama kali aku wujudkan blog ni dah macam mencari jarum dalam jerami. walaupun semacam ja peribahasa tuh tapi bila dibayangkan macam mana sukarnya aku hasilkan blog ni barulah tahu kena ke tak dengan peribahasa tuh haha. memang banyak kali aku cuba untuk hasilkan blog. tapi seringkali ja aku tersesat di laman google tah bawa aku ke hulu mana. tapi dengan tunjuk ajar serba sikit dari membe2 dapat juga lah blog ni dihasilkan. bila dah ada blog. terbitlah keinginan nak menambah lagu lah pulak dalam blog. oke tambah lagu pun mengikut step by step yang ditunjukkan oleh blogger mana tah. tapi bila nak sampai ke penghujung blog tuh. ada ja benda yang bagi aku masalah. takpe lah dugaan membuat blog. konon.
Subscribe to:
Comments (Atom)